Sunday, February 03, 2008

Non-alcohol beer

dapat artikel ni dari email..setahu aku walaupun minuman tu dikatakan "tanpa alkohol" kandungan alkohol tetap ade dlm 1%..ape la nak jadi ngan Msia ngan umat Islam skang..kat jepun ni, ade banyak je n0n-alcohol drinks tp kwn jepun ckp air2 tu tetap ade alcohol..so jgn tertipu...

Carlberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam.

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol. Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini. Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana . Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi ju alan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.
Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini. Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia. Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan. Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip Islam Hadhari.

4 comments:

Assistant said...

ma, kalo orang mesia ngan orang arab tak minum kot, pasal asal2 kami ni minum benda2 manis jan...
beer non-alcohol tu rasa dan bau sejibik macam beer, so kalo org mesia mmg tak minum (at least bukan aku la).
nigai and kusai.

tUtyRAhiZa said...

beer is still beer even they put "non-alcohol" infront the word..
ape maksud ngan "asal2 kami ni minum benda2 manis"? msian drink sweet things only??
btw, sape technician ni??apek ke??

Assistant said...

maksudnya takyah nak risau la anak2 kita minum beer ka na... somo2 tak kena ngan lidah orang kita da... tabun.
hai, adam desu.

Anonymous said...

saya pegi egypt ari tuh mmg ade jek..siap name "fairouz"..tulis situ non alcoholic malt drink...
saya ingat macam jus ke ape..bli prisa nenas..kawan saya terkejut bile tengok..

die kate kalo tuang dalam gelas mmg nampak ala2 beer la..degang kale,buih2 die..nak "lembutkan" ati orang dengan minuman yang nampak lebih kurang agaknye..dan mmg agak berjaya la..

kat mesia pun kawan cerita ade je..bila die pegi main ragbi yagn disponsor syarikat arak(bertahun2 lepas)..rehat tu die bagi both arak n malt drink ni..ade je yang amik arak..nauzubillah..

anyway..minum air tebu lagi best...hehe..